Monday, February 20, 2017

Jawatan Kosong - Pengawas Hutan Gred G19 TERENGGANU

URL~~> http://spn.terengganu.gov.my/eSUPERNET/v2/index.php

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

 1. MAKLUMAT JAWATAN :

Jawatan: PENGAWAS HUTAN 
Kod Gaji: G19 
Kod Skim: 3DG03 
Jabatan: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Klasifikasi: Perkhidmatan Pertanian Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (skim Perkhidmatan Bersepadu) 

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan. 

Taraf Jawatan:Tetap

 2. JADUAL GAJI :

 Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan Gaji TahunanRM1357.00RM4008.00100.00

 3. SYARAT LANTIKAN :

 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan (b)(i)Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G19 : RM1,413.40); atau (ii)Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G19 : RM1,469.80). 

 4. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:

 Calon bagi lantikan ke Pengawas Hutan Gred G19 hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

 5. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :

 Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Awam dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengawas Hutan Gred G19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: (a)(i)mempunyai kelayakan di perenggan 3 (b) di atas; atau (ii)lulus Peperiksaan Khas; dan (b)had umur pelantikan: (i)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau (ii)berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau (iii)berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. 

No comments:

Post a Comment